……aNiM D’ KaYanGaN……

Solat 5 waktu…apa sejarahnya?

Posted by: az-ZaHra\\\' on: 14/12/2007

  • Subuh
manusia pertama yg mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam AS..ketika itu baginda keluar dari syurga & diturunkan ke bumi. perkara pertama yg dilihatnya adalah kegelapan dan baginda berasa takut yg amat sangat. apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam pun bersembahyang dua rakaat…
pertama    : tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
kedua         : tanda bersyukur kerana siang telah menjelma
  • Zohor
manusia pertama yg mengerjakan solat zohor adalah Nabi Ibrahim AS iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelihkan anaknya, Nabi Ismail AS…seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim AS sebanyak 4 rakaat..
pertama    : tanda bersyukur bg penebusan
kedua         : tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya & anaknya
ketiga         : tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT
keempat  : tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan penebusan kibas
  • Asar
manusia pertama yg mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus AS tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun..ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus AS di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar..maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT dari 4 kegelapan :
pertama     : kelam dengan kesalahan
kedua          : kelam dengan air laut
ketiga          : kelam dengan malam
keempat   : kelam dengan perut ikan Nun
  • Maghrib
manusia pertama yg mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa AS, iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan & kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari..bersyukur Nabi Isa AS , lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut…
pertama      : untuk menafikan ketuhanan selain dr Allah Yang Maha Esa
kedua           : untuk menafikan tuduhan & juga tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yg telah dituduh melakukan pbuatan sumbang
ketiga          : untuk meyakinkan kaumnya bhwa Tuhan itu hy SATU, iaitu Allah SWT semata2, tiada 2 atau 3
  • Isyak
manusia pertama yg mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa AS. pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dr negara Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita..Allah SWT telah semua menghilangkan perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yg akhir..lalu bersembahyang lah Nabi Musa AS 4 rakaat sebagai tanda bersyukur…
pertama     : tanda dukacita terhadap isterinya
kedua          : tanda dukacita terhadap saudaranya, Nabi Harun
ketiga         : tanda dukacita terhadap Firaun
keempat  : tanda dukacita terhadap anak Firaun

Leave a Reply