……aNiM D’ KaYanGaN……

biarkan ia mengalir…

Posted by: az-ZaHra\\\' on: 27/01/2009

biarkan…biarkan ia mengalir…air mata sememangnya diciptakan untuk mengalir…

air mata….sgt sinonim dengan wanita…knp ya??

ia diciptakan untuk meluahkan, melepaskan sesuatu terutamanya perasaan…wanita..selalu dikaitkan dengan air mata. adakalanya ia mengalir tanda terlalu gembira.. tetapi kebanyakannya ia mengalir kerana kesedihan..

Allah ciptakan air mata bg kaum hawa (terutamanya), untuk dia melepaskan kesedihan bila-bila masa yg dia mahu.. adakalanya, kesedihan yg dialaminya xdpt dikongsi dengan orang lain..maka, salah satu caranya, menangislah… biarkan air mata itu mengalir…selepas itu, nescaya kau akan mendapat ketenangan..

wanita adalah kaum yg lemah…tetapi jgn salahkan takdir mengapa ia diciptakan begitu rupa.. semuanya ada hikmah & sebabnya..

wanita itu lemah dari segi fizikalnya berbanding lelaki, kerana ia diciptakan untuk menjadi lemah lembut, sopan santun…

wanita itu lemah dari menahan perasaannya, sebab itulah, DIA menjadikan air mata itu sahabat baik kaum wanita,supaya wanita itu dapat melepaskan bebannya dengan menangis…

kaum wanita diberi tugas untuk mengandung & melahirkan anak kerana kaum wanita lebih sesuai berbanding lelaki.. hal ini disebabkan adanya sifat lemah lembut, penyayang, sopan santun pada diri kaum itu sendiri.

wanita…wanita itu diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki….bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dialasi tetapi dekat dibahu untuk dilindung dan dekat di hati untuk dikasihi…

begitu indahnya wanita….begitu cantiknya wanita..

bukan semua perempuan itu wanita tetapi sudah semestinya semua wanita itu adalah perempuan…

knp ya??

kita selalu mendengar org menyebut “wanita solehah”… tetapi jarang pula org menyebut “perempuan solehah”

kita selalu mendengar org menyebut “perempuan jalang”…tetapi jarang pula orang menyebut “wanita jalang”…

Leave a Reply

 

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 706 hits

Top Posts

  • None